fbpx

Tertelan pembasmi kuman, Ashanty buang air besar 12 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASHANTY

JAKARTA – Gara-gara tertelan cecair pembasmi kuman, penyanyi Ashanty pasrah apabila mengalami sakit perut sehingga menyebabkan dia terpaksa membuang air besar sebanyak 12 kali.

Memetik laporan hot.detik.com, isteri kepada penyanyi dan juga komposer, Anang Hermansyah itu berkata, dia tidak sengaja tertelan cecair pembasmi kuman selepas menyangkanya ubat kumur.

“Saya masuk ke bilik mandi dan mengambil sebotol pembasmi kuman yang disangka sebagai ubat kumur.

“Selepas berkumur, baru saya perasan itu adalah ubat pembasmi kuman dan tertelan sedikit cecair tersebut,” katanya.

Menyedari hal tersebut, Ashanty yang panik kemudian memberitahu suaminya kerana bimbang dirinya tertelan racun.

Kata penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Memilihmu itu, ubat pembasmi kuman yang ditelan mempunyai rasa lavender yang masam.

“Nasib baik saya cuma tertelan sedikit sahaja dan telah minum air putih dengan banyak.

“Walaupun sedikit, seharian saya mengalami sakit perut sehingga tidak boleh tidur kerana kerap membuang air besar sehingga 12 kali,” ujarnya.

Akibat kejadian itu, Ashanty mengakui berasa cukup terseksa menahan sakit perut. Namun dia enggan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerana bimbang situasi Covid-19 jika dia keluar daripada rumah.

Justeru, Ashanty cuma mengambil inisiatif dengan meminum air kelapa muda untuk meredakan kesakitan yang dialaminya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI