fbpx

Baiknya Krisdayanti, Ashanty

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN Kris dan isteri baharu bekas suaminya, Ashanty kini bertambah mesra.

MAJLIS sambutan ulang tahun ke- 40 penyanyi Ashanty yang juga isteri Anang Hermansyah di sebuah hotel mewah di Jakarta Selatan pada 4 November lalu dihadiri ramai selebriti.

Antara yang memeriahkan acara termasuklah penyanyi Krisdayanti bersama suaminya, Raul Lemos yang baru pulang daripada mengerjakan umrah sehari sebelum itu.

Kehadiran pasangan tersebut sudah tentu mengundang perhatian apatah lagi hubungan Krisdayanti dengan bekas suaminya, Anang serta isteri Anang, Ashanty bertambah akrab beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelantun lagu Menghitung Hari itu juga tampak teruja melayani rakan artis lain, malah sesekali dilihat berbual mesra dengan tuan rumah.

Kemesraan kedua-dua keluarga itu turut ditunjukkan apabika memberi hadiah istimewanya berupa sebentuk cincin kepada ibu tiri dua permata hatinya, Aurel dan Azriel Akbar itu.

Ketika ditanya media mengenai hadiah tersebut, Krisdayanti mengakui telah menyerahkan barang kemas itu kepada Ashanty.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI