fbpx

Syiling emas era Raja Henry VIII bakal dilelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanya lima keping syiling emas ini yang berjaya dikesan di pasaran. - Spink & Son/BNPS

LONDON – Sekeping syiling emas 22 karat dari zaman pemerintahan Raja Henry VIII bakal dilelong pada harga £50,000 (RM287,343), lapor portal berita MailOnline semalam.

Syiling yang dikatakan menjadi pelopor duit syiling moden Britain itu adalah satu daripada lima wang tersebut yang masih ada dalam pasaran.

Ia dikeluarkan oleh Tower of London sekitar tahun 1538 hingga 1541 ketika monarki Britain itu meluaskan kuasanya bergelar ketua gereja Anglican.

Muka syiling itu memaparkan gambar Henry VIII menduduki takhta sambil memegang pedang, tongkat dan perisai Diraja.

Bahagian belakangnya pula tertera ukiran bunga mawar Tudor.

Syiling emas itu bakal dilelong oleh firma lelongan, Spink & Son dari London.

Menurut pakar syiling Spink & Son, Gregory Edmund, hanya lima keping syiling itu yang berjaya dikesan di pasaran.

“Ia merupakan syiling terbesar di England dan syiling Inggeris pertama menggambarkan seorang raja yang bersemayam di atas takhta.

“Ia gambaran mengenai masyarakat kelas tinggi dan memberitahu para pedagang bahawa pemerintahan Tudor berada dalam keadaan baik dan berkuasa,” katanya.

Syiling emas itu bakal dilelong pada Rabu ini. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI