fbpx

Rampas 29.7 tan belut, ikan timah dari Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasil laut sejuk beku dari Iran yang dirampas Maqis Selangor

KLANG – Cubaan sebuah syarikat industri makanan tempatan membawa masuk 27.9 tan hasil laut sejuk beku seperti belut dan ikan timah gagal selepas dikesan pihak berkuasa di Pelabuhan Barat, kelmarin.

Rampasan bernilai RM 146,486.87 itu hasil pemeriksaan pukul 4 petang oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor.

Pengarahnya, Zamri Hashim berkata, kesemua hasil laut itu dibawa masuk dari Iran dan telah berada di pelabuhan tersebut sejak 18 Jun lalu dan untuk pasaran tempatan.

Katanya, semakan mendapati terdapat 1,349 kotak belut dan 951 kotak ikan timah yang diletakkan di dalam sebuah kontena.

“Syarikat tersebut didapati gagal mengemukakan dokumen Permit Import yang sah.

“Ini merupakan kesalahan pertama dilakukan syarikat yang beroperasi di sekitar Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali,” tegasnya. – K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI