fbpx

Hebatnya kuasa doa, Yatt Hamzah akhirnya dapat anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELUARGA Yatt Hamzah kini dilengkapi dengan kehadiran anak lelaki pertamanya.

PETALING JAYA – Hampir tiga hari bertarung dalam wad, pelakon dan pengacara Yatt Hamzah akhirnya selamat melahirkan anak keenam, malam Sabtu lalu.

Lebih membahagiakan, kelahiran yang dianggap satu pengalaman luar biasa itu, sekali gus memakbulkan doa dan penantian Yatt untuk menimang seorang anak lelaki dalam hidupnya.

Bayi yang dilahirkan secara pembedahan itu menjadi putera sulung, satu-satunya anak lelaki buat Yatt dan suaminyq, Mohamad Zulfahdli Khairuddin.

“Pukul 11 malam semalam (kelmarin) hampir-hampir masuk ke OT (dewan pembedahan) untuk dibedah, dengan kuasa yang Maha Besar, dapat juga melahirkan secara normal genap pukul 11.16 malam, 3 Julai setelah hampir tiga hari dalam wad.

“Pengalaman yang luar biasa. Hebatnya kuasa doa,Allahuakbar,” kongsi Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah dalam Instagram.

Dia turut memuat naik beberapa keping foto sedang memeluk erat bayinya.

Pada hantaran sama, selebriti berusia 41 tahun itu turut memanjat kesyukuran kerana urusan kelahiran dipermudahkan Allah.

“Alhamdulillah, bonda telah selamat melahirkan anak keenam (satu di syurga). Inilah anak lelaki pertama bonda. Satu-satunya anak lelaki.

“Terima kasih semua keluarga, sahabat-sahabat dan pengikut bonda yang baik hati dan tak putus-putus mendoakan keselamatan bayi dan Bonda. Allah saja yang tahu betapa syukur dan leganya hati ini,” katanya lagi.

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikut turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada pelakon drama Dunia Baru itu dan mendoakan kesejahteraan mereka berdua.

Terdahulu, pada pagi Jumaat, Yatt berdepan detik cemas dan terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami kekurangan air ketuban pada rahimnya.

Untuk rekod, dia pernah mengalami keguguran pada September tahun lalu akibat keracunan makanan.

Yatt yang mendirikan rumah tangga dengan Zulfahdli pada Februari 2016 dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.

Sebelum itu, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI