fbpx

Enam pemain badminton negara positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan enam pemain badminton kebangsaan yang baru pulang daripada menyertai kejohanan di Sepanyol positif Covid-19.

Bagaimanapun, badan induk sukan badminton negara itu mengambil tindakan segera dengan menghantar pemain-pemain terbabit ke pusat kuarantin terlebih dahulu.

Kata BAM, pemain-pemain tersebut masih belum pulang ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) di Bukit Kiara, sekali gus tidak mencetuskan kontak rapat dengan pemain yang akan ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo.

“BAM ingin mengesahkan enam pemain yang baru pulang daripada kejohanan di Sepanyol sebelum ini didapati positif Covid-19 selepas mereka menjalani ujian.

“Sebaik pulang ke Malaysia, mereka sudah menjalani kuarabtin wajib seperti yang diarahkan pihak berkuasa. Selepas didapati positif, pemain-pemain itu dihantar ke pusat kuarantin.

“Mereka masih belum menjejakkan kaki ke ABM sebaik pulang ke Malaysia, jadi tidak ada sebarang kontak dengan pemain-pemain yang akan berangkat ke Olimpik Tokyo,” kata BAM menerusi kenyataan rasmi.

Selain itu, BAM turut memberitahu, enam pemain terbabit hanya akan pulang ke ABM sebaik sahaja pemain-pemain yang beraksi di Sukan Olimpik berlepas ke Tokyo nanti. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI