fbpx

Ustaz Abdul Somad pertikai tindakan tutup masjid di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustaz Abdul Somad, penceramah Indonesia. - Google

JAKARTA – Penceramah bebas Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) menyelar tindakan pemerintah negara itu yang melarang orang ramai pergi ke masjid sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM) darurat, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam satu video ceramahnya, UAS mempersoalkan peraturan tersebut yang didakwanya menjadikan masjid sebagai ‘kambing hitam’ ketika tempoh darurat dari 3 hingga 20 Julai ini.

Menurutnya, dia kecewa kerana masjid dilarang dibuka sedangkan lokasi lain seperti pusat beli-belah dibenarkan beroperasi.

“Melarang orang ke masjid, tapi pasar raya boleh pula dibuka. Di mana letaknya hati kecilmu?” soalnya.

Tambah UAS, berkumpul di masjid tidak terlalu bahaya kerana kebiasaannya orang mengambil masa selama lima hingga 10 minit untuk beribadat.

“Berbeza dengan di pasar raya, di mana orang akan berada di situ sehingga lima jam.

“Selama masa itu, orang duduk beramai-ramai, ketawa dan penyakit akan menular. Tapi, masjid juga yang disalahkan,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut mengingatkan umat Islam agar tetap beribadah dan mematuhi protokol kesihatan yang ditetapkan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI