fbpx

Sindiket pelacuran tukar taktik sempena PKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 10 wanita warga Thailand serta serta seorang lelaki tempatan ditahan polis menerusi satu serbuan di ibu negara selepas dipercayai menawarkan perkhidmatan seks.

KUALA LUMPUR – Kelicikan satu sindiket pelacuran menggunakan perkhidmatan ‘transporter’ untuk menghantar wanita warga asing kepada pelanggan hidung belang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak berpanjangan apabila diserbu pihak polis hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 4 petang di sebuah kondominium di Jalan Pudu Impian, Cheras di sini susulan risikan yang dilakukan.

“Serbuan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Kontinjen Kuala Lumpur dan telah berjaya menahan seorang lelaki tempatan dan 10 wanita warga Thailand berusia 23 hingga 39 tahun.

“Kesemua mereka ditahan selepas dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran di sekitar Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Menurut Abd. Jalil, modus operandi sindiket ini adalah mengiklankan wanita warga asing yang menawarkan aktiviti pelacuran menerusi aplikasi Telegram serta WhatsApp dan akan menghantar wanita yang telah dipersetujui kepada pelanggan yang berminat.

“Terdahulu, pihak polis telah menahan seorang wanita warga Thailand dan seorang lelaki tempatan di sebuah apartment di Jalan Bukit Bintang dan merampas dua keping kondom serta dua buah telefon bimbit.

“Hasil tangkapan tersebut telah membawa pihak polis ke sebuah apartment di Cheras dan berjaya menahan sembilan lagi wanita warga Thailand serta merampas 32 keping kondom serta 13 buah telefon bimbit,” jelas beliau.

Tambah beliau, kesemua tahanan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372A/ 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1963. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI