fbpx

Kerajaan negeri tentukan jumlah jemaah masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Prosedur operasi standard (SOP), jumlah jemaah yang dibenarkan dan aktiviti di masjid tertakluk kepada penguatkuasaan agama negeri.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas mengenai SOP, jumlah jemaah yang dibenarkan dan aktiviti di masjid.

“Saya ingin menjelaskan, segala perkara terbabit tidak dikawal oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di peringkat persekutuan sebaliknya berdasarkan perlembagaan persekutuan, ia di bawah penguatkuasaan agama negeri serta di bawah kuasa Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan-Sultan Negeri.

“Terdapat banyak kekeliruan yang diterima, bagi menentukan perkara tersebut ia terserah dan tertakluk kepada kerajaan negeri,” katanya ketika sidang akhbar secara maya bersama bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini.

Pihaknya turut memohon orang ramai merujuk pihak berkuasa negeri berhubung kekeliruan tersebut. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI