fbpx

Hanya tiga kaunter kerajaan dibuka ketika PKPD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya tiga perkhidmatan kaunter kerajaan dibenarkan beroperasi sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia termasuk perkhidmatan kesihatan, balai polis dan pintu-pintu masuk antarabangsa (melibatkan urusan perkastaman, imigresen serta kuarantin).

Katanya, arahan itu dikeluarkan susulan pelaksanaan PKPD di mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula 3 hingga 16 Julai ini.

Beliau berkata, arahan itu juga terpakai kepada semua kawasan yang dilaksanakan PKPD di beberapa lokasi dan daerah serta mukim di seluruh negara. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI