fbpx

Berita gembira buat pasangan jarak jauh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pergerakan rentas negeri dan daerah dibenarkan bagi pasangan jarak jauh dalam Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran itu bagaimanapun harus mendapatkan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya percaya ramai pihak yang mahu mendengar mengenai pergerakan rentas negeri dan daerah membabitkan pasangan jarak jauh. Saya sendiri ada menerima banyak rayuan berhubung perkara ini.

“Justeru, bagi fasa dua ini, kita akan membenarkan pasangan jarak jauh untuk merentas negeri dan daerah namun membabitkan kes kecemasan dan keperluan khas dengan mendapatkan kelulusan dari pihak polis,” katanya ketika sidang akhbar bersama Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI