fbpx

KKM pertingkat kapasiti pengesanan SARS-CoV-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan kapasiti makmal menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak bertujuan menambah kapasiti ujian pengesanan virus SARS-CoV-2 harian terdiri daripada ujian RT-PCR dan RTK-Ag.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Sr. Noor Hisham Abdullah berkata, bagi meningkatkan kapasiti ujian RT-PCR, KKM menjalankan kerjasama dengan makmal-makmal daripada Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pertahanan Malaysia dan makmal-makmal swasta.

“Bagi ujian RTK-Ag pula dijalankan oleh klinik dan hospital swasta secara meluas sama ada secara individu.

“Kerjasama di antara agensi dan sektor ini telah membolehkan aktiviti pengesanan kes dan tindakan kesihatan awam lain dilaksanakan dengan segera,” jelasnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI