fbpx

KKM lancar platform pantau keselamatan sukarelawan sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham

PUTRAJAYA – Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan platform ‘National Healthy Research Volunteer Register’ bagi memantau keselamatan sukarelawan sihat yang menyertai kajian klinikal di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, platform itu akan membantu para penyelidik dan sukarelawan dalam memastikan integriti kajian klinikal yang dijalankan tidak terjejas.

Menurutnya, pada masa sama ia juga memastikan agar sukarelawan tidak berada di dalam beberapa kajian klinikal serentak dalam tempoh masa yang ditetapkan.

“Selaras dengan standard antarabangsa serta keutamaan untuk memantau keselamatan sukarelawan sihat di dalam kajian klinikal, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah menggariskan keperluan untuk mewujudkan pangkalan data bagi sukarelawan sihat.

“Keperluan ini merangkumi kajian klinikal di Malaysia seperti yang termaktub dalam Malaysian Guideline for Phase 1 Unit Inspection and Accreditation Programme 2018,” katanya melancarkan portal itu secara maya hari ini.

Noor Hisham berkata, bagi memastikan platform itu dapat digunakan dengan efisien, latihan telah diberikan kepada staf-staf rangkaian pusat penyelidikan klinikal di bawah kelolaan ICR, KKM dan institusi atau pusat-pusat yang mengendalikan kajian klinikal berasaskan bioavailability dan bioequivalence.

Tambahnya lagi, KKM turut menyasarkan penglibatan secara menyeluruh daripada institusi pengajian tinggi serta sektor swasta dalam menggunakan platform tersebut di masa hadapan.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa sukarelawan sihat terlibat dalam kajian klinikal fasa 1, kajian bioavailability dan bioequivalence serta kajian fasa 3 seperti kajian klinikal yang sedang dijalankan berkenaan vaksin.

“Sukarelawan sihat adalah individu yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang menghalang daripada menyertai percubaan klinikal,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI