fbpx

‘Budak Daesh’ rayu dibenar pulang ke Britain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah diajar menggunakan senjata sejak berusia lapan tahun. -Magnus News

DAMSYIK – Seorang kanak-kanak warga Britain yang mendakwa dilatih untuk membunuh oleh  kumpulan militan Daesh sejak umurnya lapan tahun, merayu dibenarkan pulang ke Britain supaya dia  boleh bermain permainan video  Xbox dan makan hidangan McDonald’s, lapor akhbar The Sun semalam.

Abdullah yang kini berumur 13 tahun,   ditahan di Penjara Kanak-Kanak Lelaki Hori, utara Syria. Dia membesar di London, namun keluarganya membawa dia ke Syria ketika  berumur lapan tahun dan diajar menggunakan senjata.

Menurut Abdullah, ibu bapa, dua abang dan adik perempuannya terkorban di kota Baghouz  yang  menjadi sasaran serangan udara pada hari-hari terakhir kewujudan kerajaan khalifah acuan Daesh di Syria.

Abdullah yang fasih berbahasa Inggeris memberitahu,  dia tidak pernah menggunakan senjata, namun Daesh mahu dia dan kanak-kanak lain berbuat begitu.

“Semasa hari pertama di sekolah, mereka mengajar saya cara-cara menggunakan senjata.

“Saya memberitahu ibu saya tidak mahu buat perkara itu dan ibu menghantar saya ke sekolah kedua.

“Sekolah itu mengajar saya membaca al-Quran dan juga melakukan perkara sebegini (menggunakan senjata),” katanya.

Dia juga memaklumkan mahu pulang semula ke London kerana merindui kampung halamannya itu.

“Di London, semasa saya menyambut hari lahir, kami akan makan kek. Namun, di sini kami tidak boleh berbuat begitu lagi,” katanya.

Pegawai penjara wanita memberitahu Abdullah bahawa semua kanak-kanak di situ telah melakukan pelbagai perkara  jahat di bawah rejim Daesh  dan sama seperti Abdullah, kebanyakan mereka belum berusia sepuluh tahun ketika diminta memegang AK-47. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI