fbpx

Budak 7 tahun mati tubuh dihempas 27 kali semasa kelas judo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tubuh Wei Wei dihempas sebanyak 27 kali sehingga dia mengalami pendarahan otak yang serius dan menjadi koma. - Getty Images

TAIPEI – Seorang kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun meninggal dunia Selasa lalu di Taiwan selepas mengalami kecederaan parah pada otak semasa menyertai kelas sukan judo, lapor akhbar New York Post semalam.

Mangsa  yang hanya dikenali sebagai Wei Wei,  bergantung kepada alat  bantuan alat pernafasan selama hampir 70 hari sejak 21 April lalu.

Bapa saudara kanak-kanak itu dilaporkan merakam kelas judo Wei Wei ketika insiden berlaku kerana mahu menunjukkan kepada ibu Wei Wei bahawa sukan itu tidak sesuai untuk anaknya.

Dalam rakaman yang mengerikan itu, rakan sekelas Wei Wei dilihat menghempas tubuh kanak-kanak itu sebanyak 27 kali dan sepanjang kelas berlangsung, Wei Wei kedengaran menjerit “kepala saya”, “kaki saya”, dan “saya tidak mahukannya”.

Insiden itu menyebabkan Wei Wei mengalami pendarahan pada bahagian otak dan seterusnya koma.

Keluarga kanak-kanak itu berkata, apabila Wei Wei meninggal dunia, jurulatihnya yang kemudian didapati tidak mempunyai lesen membuka kelas judo, menuduh kanak-kanak itu menipu. 

Jurulatih berusia lewat 60-an yang hanya dikenali sebagai Ho itu dibebaskan dengan ikat jamin AS$3,583 (RM14,890). Dia akan didakwa kerana melakukan serangan fizikal yang mengakibatkan kecederaan serius serta menggunakan kanak-kanak bawah umur untuk melakukan jenayah.

Sabit kesalahan Ho boleh dihukum penjara selama tujuh tahun. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI