fbpx

Arsenal mahu bawa Belotti ke Emirates

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELOTTI mungkin terpaksa dijual oleh Torino musim ini selepas pemain itu hanya mempunyai baki kontrak setahun sahaja lagi. – AFP

LONDON – Arsenal dilaporkan sedia mengambil langkah drastik untuk memantapkan jentera serangan mereka de­ngan menamakan Andrea Belotti sebagai sasaran.

Belotti ketika ini sedang berjuang bersama skuad Itali pada saingan Euro 2020 dan pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya dijangka akan terus meningkat selepas saingan tersebut berakhir.

Selain Arsenal, beberapa pasukan di Serie A seperti AC Milan, Napoli, AS Roma dan Fiorentina juga sedang berusaha untuk menawarkan kontrak bagi mendapatkan khidmatnya.

Kontrak penyerang berusia 27 tahun itu bersama kelabnya, Torino bakal berakhir musim panas tahun hadapan dan kelab itu terdesak untuk menjualnya bagi mengelak kerugian terpaksa melepaskannya secara percuma.

Laporan menyebut, Belotti dinilai dengan harga £29 juta (RM166.80 juta) dan yuran perpindahan yang rendah itu menyebabkan Arsenal sangat tertarik dan mahu membawanya ke Emirates.

Selain Arsenal, beberapa kelab lain yang berpangkalan di England seperti Manchester United, Liverpool dan Tottenham Hotspur turut mengintai peluang biarpun tidak menyatakan secara terbuka menjadikannya sebagai sasaran utama.

Belotti meledak 13 gol musim lalu untuk saingan Serie A dan dia kini belum sedia untuk menentukan masa depan sebaliknya mahu fokus membantu Itali yang mara ke suku akhir Euro 2020 terus melangkah lebih jauh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI