fbpx

102 calon STPM Johor dapat PNGK 4.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 di negeri ini menyaksikan seramai 102 calon mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya negeri, Mazlan Bujang berkata, keputusan itu merupakan peningkatan sebanyak 0.09 peratus berbanding keputusan STPM tahun 2019.

Menurut beliau, daripada jumlah tersebut, 87 calon adalah daripada aliran Sastera manakala 15 calon lagi daripada aliran Sains dengan 59 calon perempuan dan 43 calon lelaki.

“PNGK negeri Johor bagi STPM 2020 ialah 2.89, peningkatan sebanyak 0.02 mata berbanding pencapaian STPM 2019 iaitu 2.87 mata dan PNGK peringkat nasional bagi tahun 2020 adalah 2.78.

“Dua calon mendapat keputusan terbaik iaitu Tio Guo Yong dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab, Kota Tinggi dan Intan Nurhidayah Lim dari SMK Dato’ Sulaiman, Batu Pahat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI