fbpx
SYAFIQ atau CIkgu Kebun bersama sebahagian daripada 150 pokok indoor plant yang ditanam di dalam rumahnya di Tanjung Malim, Perak.

Ikuti panduan penanaman indoor plant daripada Cikgu Kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Berbicara tentang tumbuhan dalam rumah, terang Syafiq atau dikenali sebagai CIkgu Kebun dalam kumpulan Facebook Indoor Plant Lover (Malaysia), indoor plant merupakan pokok yang ditanam di dalam kawasan rumah serta tidak memerlukan sumber cahaya matahari secara terus.

Morfologi tumbuhan ini secara asasnya merupakan tumbuhan di kawasan teduh dan jika di dalam hutan selalunya akan tumbuh di bawah tumbuhan lain.

Jelasnya, kebanyakan pokok indoor plant sangat mudah dijaga namun tidak boleh disiram air pada bahagian daun secara terus kerana akan menyebabkan kulat mula terbentuk

Baca artikel penuh di www.kosmo.com.my

 

 

SETIAP pagi, usai mengerjakan solat subuh, menjadi rutin harian Mohd. Syafiq Ahmad Khasasi untuk meninjau dan memeriksa tanaman indoor plant atau tumbuhan dalam rumah yang ditanam olehnya.

“Saya akan melihat sama ada pokok-pokok ini diserang penyakit atau serangga perosak.

“Dua jenis serangan ini akan menyebabkan pokok tiba-tiba menjadi layu, berbintik-bintik hitam dan lain-lain lagi. Perkara ini perlu diatasi bagi memastikan pokok yang kita sayang sentiasa sihat dan subur,” katanya kepada K2 yang jelas menunjukkan kecintaannya kepada pokok-pokok yang ditanam di rumahnya di Tanjung Malim, Perak.

Mutakhir ini, tumbuhan dalam rumah (indoor plant) menjadi satu elemen untuk dijadikan hobi baharu bagi ramai rakyat Malaysia. Tumbuhan itu dijadikan pilihan untuk membuat dekorasi rumah.

Syafiq, 30, juga tidak ketinggalan berbuat demikian dan dia kini memiliki hampir 150 pokok indoor plant daripada pelbagai variasi tumbuhan tersebut.

Selain menjadikannya sebagai hobi, tanaman itu juga menjadi antara sumber pendapatan apabila dia menjual pokok-pokok indoor plant kepada peminat tanaman tersebut.

“Saya mula serius dalam menanam tumbuhan ini sejak tahun lalu sewaktu pandemik Covid-19 melanda dan negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat kali pertama.

POKOK Monstera deliciosa albo variegated ini dikatakan menjadi dambaan ramai.

“Ini adalah salah satu cara untuk saya mengisi masa dengan melakukan aktiviti sihat iaitu menanam pelbagai jenis tanaman dalam rumah. Selain dapat mencantikkan ruang kediaman, ini juga boleh menjadi satu terapi untuk kita apabila banyak melihat tumbuhan hijau,” ujarnya yang arif perihal tanaman.

Hakikatnya, tumbuh-tumbuhan bukanlah suatu yang asing bagi Syafiq. Meminati tumbuh-tumbuhan sejak kecil kerana banyak didedahkan oleh ibunya, Syafiq juga berpendidikan dalam bidang pertanian dari Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Melaka.

Jejaka ini juga pernah menjadi seorang tenaga pengajar dalam bidang pertanian di sebuah universiti awam.

Berbekalkan pengalaman dan ilmu dimiliki, Syafiq banyak berkongsi pengetahuan dengan peminat tanaman indoor plant yang lain berhubung penanaman dan penjagaan tanaman tersebut. Dia juga telah mengasaskan satu kumpulan di Facebook yang dinamakan sebagai Indoor Plant Lover (Malaysia) yang kini mengumpul lebih 62,000 pengikut.

Syafiq yang dikenali sebagai Cikgu Kebun atau CK dalam kumpulan itu turut membimbing anggota kumpulan tentang penanaman dan penjagaan pokok selain berkongsi hal-hal berkaitan tumbuhan tersebut.

Syafiq menjelaskan, berdasarkan pengamatannya, indoor plant merupakan tanaman yang semakin diminati ramai di negara ini terutamanya sejak PKP tahun lalu.

“Terdapat pelbagai jenis indoor plant yang boleh kita pilih untuk ditanam di rumah sama ada daripada pokok di sekitar kita, pokok yang telah dikacuk atau diubah genetik hingga menjadi tanaman unik seperti variegated plant.

“Tambahan pula, tumbuhan dalam rumah ini menjadi kegilaan ramai kerana cantik dan unik dengan pelbagai warna, bentuk dan corak. Harganya di pasaran bergantung pada saiz dan jenis pokok tersebut. Semakin unik sesuatu tanaman itu, semakin tinggi nilainya,” terangnya yang mengakui ada pokoknya yang dijual mencecah ribuan ringgit.

Jelasnya, antara jenis tumbuhan sebegini ialah monstera, anthurium, philodendron, calathea, caladium, ficus lyrata dan lain-lain lagi.

Dia turut memiliki tanaman dalam rumah jenis Monstera deliciosa albo variegated yang kini menjadi antara tanaman paling diminati para peminat tumbuhan dalam rumah disebabkan keunikan corak daunnya yang berpigmen hijau dan putih.

Kongsinya, ketika mula dibeli tahun lalu, tanaman itu berupa satu anak pokok yang hanya memiliki sehelai daun dan kini pokok itu telah membesar dan mempunyai sembilan helai daun.

“Apa yang boleh saya simpulkan, tumbuhan ini sekarang bernilai dan menjadi impian setiap peminat indoor plant untuk memilikinya,” ujarnya.

SYAFIQ bersama pokok Monstera adansonii.

Berbicara lagi tentang tumbuhan dalam rumah, terangnya, indoor plant merupakan pokok yang ditanam di dalam kawasan rumah serta tidak memerlukan sumber cahaya matahari secara terus.

Morfologi tumbuhan ini secara asasnya merupakan tumbuhan di kawasan teduh dan jika di dalam hutan selalunya akan tumbuh di bawah tumbuhan lain.

Menurutnya, kebanyakan pokok indoor plant sangat mudah dijaga kerana tidak memerlukan cahaya matahari atau air yang banyak. Siraman hanya perlu dilakukan dua atau tiga kali sahaja seminggu.

“Sebagai contoh, indoor plant jenis variegated yang mana pokok-pokok jenis ini kebanyakan suka dengan cahaya terang tetapi bukan cahaya matahari secara terus. Pokok-pokok jenis variegated ini memerlukan tempat yang bercahaya terang kerana daunnya mempunyai klorofil yang sedikit. Cahaya terang mencukupi diperlukan untuk proses fotosintesis serta menghasilkan dua tona warna yang cantik,” jelasnya.

Bagi faktor suhu pula, sekiranya memilih untuk menanam pokok berdaun nipis seperti calathea, tanaman ini lebih sesuai berada di tempat yang suhunya lebih rendah dan berkeadaan lembap, namun bercahaya terang.

Sekiranya tersilap langkah, penjagaan daun pokok akan mudah terbakar di bahagian tepinya dan jika dibiarkan lebih lama akhirnya akan terbakar keseluruhan daun.

PROSES pembajaan penting untuk tumbesaran pokok.

Seperti tumbuhan lain, pokok indoor plant ini turut berdepan masalah sama iaitu mudah diserang penyakit dan serangga perosak. Jika mengalaminya, pokok akan menjadi layu dan akan berbintik-bintik kuning, hitam atau coklat pada daun.

“Masalah yang sering terjadi adalah disebabkan serangan penyakit daripada kulat. Serangan kulat terjadi disebabkan persekitaran yang terlalu lembap dan kadar siraman air terlalu berlebihan.

“Masalah ini dapat diatasi sekiranya pokok mempunyai zat antibodi tinggi dengan rutin semburan kawalan bahan-bahan organik seperti cuka kayu, chitosan dan minyak neem.

Jelasnya, kebanyakan pokok indoor plant tidak boleh disiram air pada bahagian daun secara terus kerana akan menyebabkan kulat mula terbentuk.

Syafiq menambah, asas dalam pembajaan juga penting dalam memastikan pokok indoor plant ini tumbuh dengan sihat. Katanya, baja terbahagi kepada dua jenis iaitu kimia dan organik.

“Bagi tanaman indoor plant, saya sarankan penggunaan baja organik seperti baja wangi organik, sambil membaja rumah akan berbau wangi.

“Baja wangi organik ini 100 peratus diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak tumbuhan, bantuan mineral dan kultur mikroorganisma tanpa najis haiwan.

“Baja ini selamat digunakan di dalam rumah atau di luar rumah. Jika terlebih penggunaan sekalipun tidak akan memberi kesan kepada pokok,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN