fbpx

Dihubungi Permaisuri Agong, Elizad rasa macam bermimpi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELIZAD berkongsi rasa teruja selepas menerima panggilan daripada Tunku Azizah hari ini.

PETALING JAYA – Selepas menyifatkan kesedihannya seperti terubat dengan hadiah ‘pelangi’ dari Allah, pelakon dan penyampai radio Siti Elizad hari ini dianugerahkan kegembiraan berganda dan terasa seolah-olah bermimpi apabila dihubungi sendiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bertanyakan khabar tentang dirinya.

Elizad cukup terharu dengan kesudian Tuanku Permaisuri yang turut mengikuti kisah tular berhubung gelaran mandul yang dilemparkan kepadanya oleh seorang individu dalam media sosial baru-baru ini.

“Hari ini hari yang sangat menggembirakan hati saya. Menerima panggilan telefon daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Azizah yang bertanyakan keadaan saya.

“Tuanku Permaisuri terbaca kisah yang mengatakan saya ‘mandul’ tempoh hari. Perkara ini sangat menyentuh hati saya setelah mendapat panggilan telefon Permaisuri,” ujarnya.

Kata Elizad lagi, dia bagaikan tidak percaya apabila Permaisuri yang selama ini menjadi idolanya dalam perjalanan untuk melakukan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) sudi mencemarkan duli bertanyakan khabar tentang dirinya.

Berita berkaitan: Digelar mandul, Elizad buat laporan polis

“Terkejut. Semua ada. Rasa macam mimpi dapat bercakap dengan Tuanku Permaisuri yang saya sendiri jadikan idola dalam cerita perjalanan IVF saya.

“Sesungguhnya Tuanku Permaisuri sangatlah prihatin dengan kisah saya yang bukanlah siapa-siapa,” tulisnya.

Semasa dihubungi Tuanku Permaisuri, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Sharifuddin berkata, Tuanku Permaisuri turut menitipkan kata-kata semangat, bercerita sendiri tentang pengalamannya melakukan rawatan IVF sebanyak 17 kali yang menyakitkan.

Berita berkaitan: Rupa-rupanya Allah hendak bagi pelangi

Ketika ditemu bual Tuanku Permaisuri, Elizad tidak mampu menggambarkan kegembiraannya.

“Terlalu gembira dapat berbual dengan Permaisuri yang disayangi semua. Sungguh keibuan sifat Tuanku,” tulisnya dalam Instagram

Bahkan, Tuanku Permaisuri turut berkata bahawa dia menonton drama lakonan Elizad sebelum ini dan bertanyakan sama ada dia masih berlakon atau tidak.

“Sempat juga Tuanku beritahu bahawa dia menonton drama lakonan saya sebelum ini dan bertanyakan jika saya sudah tidak berlakon lagi

“Allahuakhbar. Terima kasih Tuanku Permaisuri. Ampun Tuanku,” katanya.

Terdahulu, selain digelar mandul, Elizad juga dihina dengan kata-kata kesat dan tidak solat oleh individu tidak dikenali berikutan belum dikurniakan zuriat sejak enam tahun mendirikan rumah tangga.

Rentetan daripada itu, dia bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut disifatkan telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

Sebelum ini, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI