fbpx

Bawa bersiar-siar sebelum rogol OKU lembam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PASIR PUTEH – Seorang bekas tentera dipercayai mengumpan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) lembam dengan mengajaknya keluar bersiar-siar sebelum merogol mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Suprintendan Mohd. Azmir Damiri berkata, perlakuan tidak bermoral suspek disedari oleh kakak mangsa selepas wanita berusia 36 tahun itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan.

Katanya, berdasarkan keterangan kakak mangsa, wanita itu dipercayai telah keluar bersiar-siar dengan menaiki kereta bersama suspek berusia 37 tahun yang merupakan individu dikenalinya.

“Kakak mangsa telah membuat laporan berhubung kejadian itu kelmarin sebelum polis menahan suspek kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi di rumahnya di daerah ini.

“Selepas membuat laporan polis, mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu dekat sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Azmir, hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa terdapat kesan koyakan pada bahagian kemaluan mangsa.

Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula hari ini sehingga 6 Julai untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI