fbpx

Alam Flora agih 1,100 pek prihatin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ZAIN (kanan) menyerahkan pek prihatin kepada Param Jeeth di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) mengedarkan kira-kira 1,100 pek prihatin kepada petugas barisan hadapan di beberapa lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Co­vid-19 Assessment Centre (CAC) dan Pusat Khidmat Gelandangan di Kuala Lumpur (KL) dan Sela­ngor bermula semalam sehingga 15 Julai ini.

Sumbangan itu dilengkapi dengan set hidangan yang dipek dalam bekas makanan guna se­mula, set sanitasi tangan dan lencana Alam Flora Prihatin.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan berkata, sumbangan yang sama turut diberi kepada pusat khidmat gelandangan kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memandangkan golongan itu turut terkesan apabila kurang mendapat bantuan makanan akibat pendemik ini.

Menurut beliau, syarikat amat memahami kesukaran petugas barisan hadapan yang terdiri daripada pelbagai agensi yang mana mereka selalu menghadapi kengkangan untuk mendapatkan serta membeli bekalan makanan ketika bertugas.

Katanya, ada petugas terbabit meminta ahli keluarga menghantar makanan kepada mereka.

“Sudah lebih setahun Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia.

“Barisan hadapan se­perti petugas perubatan serta sukare­lawan sentiasa menghadapi pelbagai cabaran dan terdedah kepada risiko tinggi tetapi, ia tidak pernah melunturkan semangat untuk memberikan yang terbaik.

“Sebagai menghargai mereka, ini adalah sumbangan daripada syarikat untuk mengiktiraf pe­ngorbanan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena majlis penyerahan simbolik Kit Prihatin Alam Flora kepada ­Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan KL, Datuk Dr. Param Jeeth Singh dan Ketua Cawangan Kesihatan Primer Pakar Perubatan Kesihatan Awam JKWPKL­ & Putrajaya, Dr. Haliza Abd. Manaf semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI