fbpx

80 kes positif di Taman Murni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEPANG – Sebanyak 80 kes positif jangkitan Covid-19 dikesan di Taman Murni di sini seterusnya menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di taman tersebut mulai tengah malam ini.

Ahli Majlis Zon Sepang, Sivakumar Periasamy, berkata, perintah PKPD itu membabitkan 2,000 penduduk daripada 520 keluarga menghuni taman itu.

“Mengikut laporan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang, sebanyak 80 kes positif dikesan membabitkan penduduk di kawasan itu.

“Sehubungan itu, pelaksanaan PKPD di kawasan itu ditetapkan selepas laporan Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan mendadak kes harian Covid-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun penduduk yang positif sudahpun di hantar bagi menerima rawatan di Hospital Serdang dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) serta menjalani kuarantin di rumah.

Kata beliau, pihaknya sedia bekerjasama dengan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Pelek dan Pejabat Tanah Daerah Sepang bagi membantu menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk.

“Sebanyak 65 peratus penduduk membabitkan masyarakat India, Melayu (35 peratus) dan Cina (25 peratus) di taman ini bekerja di pusat kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, syarikat industri di Nilai dan Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) serta bekerja sendiri,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI