fbpx

Pemimpin parti politik ditangkap berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TAPAH – Sikap degil enam lelaki berkumpul dan bermain judi di sebuah rumah di Taman Tapah Indah di sini membawa padah apabila ditangkap semalam.

Difahamkan, salah seorang daripada lelaki yang ditangkap dalam serbuan pada pukul 10 malam itu merupakan ketua bahagian sebuah parti politik tempatan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam serbuan tersebut, kesemuanya yang berusia antara 38 hingga 56 tahun ditahan kerana disyaki bermain judi jenis poker.

Katanya, serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah itu dilakukan setelah menerima maklumat daripada orang awam.

“Dalam serbuan itu, polis telah merampas daun terup dan wang tunai pelbagai nilai berjumlah RM1,774.

“Kesemua mereka direman satu hari sehingga hari ini dan telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI