fbpx

Bank beri moratorium tidak gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Institusi kewangan dan perbankan tidak akan gulung tikar jika memberi moratorium penuh kepada rakyat yang memerlukan.

Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Asean, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) wajar mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium kepada golongan B40 dan M40.

“Kalau perkara ini dilakukan segera secara automatik, bank-bank ini tidak akan terjejas seperti  golongan peniaga yang makin parah hari demi hari.

“Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 menimbulkan keresahan rakyat yang tidak dapat meneruskan pekerjaan, perniagaan demi kelangsungan hidup,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sohaimi berkata, Kementerian Kewangan yang mengawal BNM juga mempunyai kuasa penuh untuk mengarahkan institusi kewangan melaksanakan moratorium secara automatik.

Menurut beliau, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 pula memberi kuasa yang cukup luas kepada kerajaan untuk membuat atau meminda apa sahaja undang-undang atau statut bagi mengarahkan moratorium.

Tambah beliau, Seksyen 5 Akta Bank Negara (2009) memperuntukkan fungsi BNM untuk mengatur dan mengawal selia institusi kewangan.

“Seksyen 72 pula memberi kuasa untuk membuat apa-apa polisi monetari dan kewangan termasuk polisi moratorium pinjaman,” katanya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI