fbpx

Aduan majikan tidak benar BDR paling tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (tengah) ketika mengetuai Operasi Pematuhan Akta 446 dan SOP PKP 3.0 di sebuah kilang di Malau, Jitra pada hari ini. Foto - SHAHIR NOORDIN

JITRA – Kementerian Sumber Manusia menerima sebanyak 1,769 aduan dari seluruh negara berkaitan tindakan majikan tidak membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah (BDR) menerusi aplikasi Working for Workers (WFW) yang dilancarkan pada bulan lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim berkata, aduan berhubung perkara itu hampir 50 peratus daripada keseluruhan aduan yang diterima pihaknya menerusi aplikasi tersebut.

“Secara keseluruhannya, kami menerima sebanyak 3,737 aduan menerusi WFW yang mana 1,769 daripadanya adalah berkaitan majikan yang tidak membenarkan pekerja bekerja dari rumah dan itu merupakan aduan tertinggi.

“Ini perlu menjadi pengajaran kepada majikan. Kadangkala bukan setakat 80 hingga 90 peratus, malah masih ada hingga 100 peratus bekerja di pejabat atau kilang. Perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam keadaan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengekang penularan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetuai Operasi Pematuhan Akta 446 dan prosedur operasi standard Akta 342 di sebuah kilang produk kesihatan di sini hari ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI