fbpx

Sindiket judi online hanya bertahan tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anbalagan menunjukkan sebahagian daripada gajet yang dirampas menerusi serbuan ke atas satu sindiket perjudian online di IPD Serdang hari ini.

SERDANG – Satu sindiket yang baru tiga hari menjalankan aktiviti perjudian online termasuk pertaruhan Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) digempur polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Suria Perdana di sini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, serbuan pukul 9 malam itu dibuat sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang susulan maklumat awam dan risikan yang dijalankan.

“Menerusi serbuan itu, kita menahan lapan warga tempatan termasuk dua wanita dan seorang lelaki warga China berusia 16 hingga 29 tahun.

“Pasukan serbuan turut merampas satu unit modem, 77 buah telefon bimbit, tiga komputer riba dan satu tablet yang kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Forensik bagi tujuan analisa,” katanya pada sidang akhbar di IPD Serdang di sini hari ini.

Menurut Anbalagan, sindiket itu menyasarkan kaki judi di dalam dan luar negara menerusi aplikasi LINE serta laman web perjudian.

Semakan mendapati mereka mampu mengaut keuntungan sehingga RM100,000 sehari.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang penglibatan kongsi gelap. Mereka yang ditahan merupakan pekerja yang ditawarkan pekerjaan menerusi Facebook dengan upah RM3,000 hingga RM3,500 sebulan.

“Dua daripada mereka memiliki rekod jenayah manakala lelaki warga China pula memiliki visa pelawat yang tamat tempoh,” ujar beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta Pertaruhan 1953. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI