fbpx

BTS mahu pastikan peminatnya tidur nyenyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan BTS dilantik menjadi duta Coway bagi mempromosikan tilam Prime Series.

PETALING JAYA – Gelombang BTS sekali lagi melanda Malaysia apabila fenomena K-pop antarabangsa itu berganding bahu dengan syarikat terkemuka Life Solution Company, Coway dalam usaha mempromosikan tilam Prime Series.

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, kerjasama ini bertujuan untuk memastikan peminat Kumpulan K-Pop itu mendapat tidur  berkualiti kerana melalui tidur yang nyenyak akan meningkatkan tahap kesihatan dan mengubah kehidupan harian mereka.

Menurut beliau, kumpulan jejaka sensasi yang merupakan duta jenama global Coway itu berpendapat bahawa semua orang mampu tidur seperti bintang terkenal melalui tilam yang diperkenalkan oleh Coway menerusi skim ansuran tilam PRIME Series.

“Pelanggan kini boleh menikmati tilam bertaraf hotel lima bintang dalam keselesaan rumah sendiri pada harga kurang daripada RM5 semalaman,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Jelas Choi, BTS telah menambat hati ramai rakyat Malaysia dengan nyanyian mereka maka kini syarikat mahu menarik dan mendekati hati generasi tidak kira tua dan muda menerusi kenikmatan tidur nyenyak dengan tidur di atas tilam PRIME Series Coway.

“Seperti mana BTS menghargai nilai muzik mereka, Coway juga menghargai nilai tidur berkualiti kerana katil ialah satu-satunya tempat di mana anda berasa selesa dan selamat untuk beristirahat setelah penat mengharungi kesibukan hidup sepanjang hari. 

“Dalam suasana kehidupan baharu yang membataskan pergerakan dan menyebabkan ramai orang terpaksa duduk di rumah, amatlah penting untuk memiliki katil dan tilam PRIME Series Coway yang mana ia adalah tilam premium sewaan pertama dengan perkhidmatan servis berkala.

“Tilam hibrid yang sempurna ini menggunakan hanya bahan terbaik untuk menawarkan penyelesaian tiada bandingan demi tidur yang holistik.

“Selain itu, ia juga  mempunyai spring poket 5- zon, 100 peratus lateks semulajadi, busa memori (memory foam), serat kelapa, busa (foam) dan fabrik anti-statik,” terangnya.

Tambah Choi, sebagaimana BTS yang mempunyai tujuh anggota, Coway menyediakan perkhidmatan penjagaan tilam yang teliti dan menyeluruh dalam tujuh  langkah dan dilaksanakan oleh Juruteknik Penjagaan Rumah (Homecare Technicians) yang profesional, dalam tempoh empat bulan sekali. 

Khidmat ini dilaksanakan dengan menggunakan alat berteknologi tinggi yang terkini untuk membersihkan dan menjaga tilam, termasuk pengukuran tahap kontaminasi, pembersihan rangka katil, bahagian sisi, pengelapan rangka katil,  membuang hama habuk dan pensterilan UV.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI