fbpx
Petugas sedang menyediakan dos vaksin Covid-19 di PPV Sektor Pengangkutan di Dewan Kompleks Sukan Pelabuhan Klang , hari ini. FOTO : ZULFADHLI ZAKI

Bertenang, vaksin Covid-19 tiba tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Rakyat di negara ini diminta bertenang sementara menunggu bekalan tambahan vaksin tiba di Malaysia tidak lama lagi.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ketika banyak pihak termasuk barisan menteri dalam sektor-sektor masing-masing meminta bekalan vaksin.

Bagaimanapun, katanya, semua pihak perlu tahu bahawa kesemua sasaran pemberian vaksin adalah berdasarkan pada perbekalan yang ada.

“Bertenang, bekalan akan sampai nanti. Saya tidak simpan mana-mana vaksin sebaliknya terus dihantar sebaik sampai.

“Kita dapat pelepasan lot (vaksin) dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), kita akan terus hantar pada negeri-negeri dan pusat pemberian vaksin (PPV) kita.

“Kita punya kadar penggunaan vaksin kini 90 peratus. 100 vaksin sampai, 90 akan diguna dalam tempoh beberapa hari. 10 tu ‘buffer’ sikit untuk janji temu akan datang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Pengangkutan (Maritim) di Dewan Kelab Sukan LPK, di sini hari ini. -K! ONLINE