fbpx

Tekanan hidup punca lelaki cuba pecah mesin ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di sebuah mesin ATM sebuah bank di Balik Pulau malam tadi.

BALIK PULAU – Seorang lelaki yang dipercayai berdepan tekanan hidup cuba bertindak memecahkan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, tindakan suspek bagaimanapun berjaya dihidu pihak atasan bank berkenaan yang segera menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, tindakan pantas pasukannya berjaya menumpaskan suspek terbabit di lokasi kejadian.

“Siasatan awal mendapati, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah itu dikatakan datang seorang diri dengan menaiki bas dari George Town. Siasatan juga mendapati motif suspek melakukan sedemikian adalah disebabkan tekanan hidup.

“Pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah semasa kejadian berlaku. Suspek ditahan di untuk siasatan mengikut Seksyen 380 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya di sini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI