fbpx

Enam lagi kes varian dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak enam lagi kes varian baharu virus SARS CoV-2 dilaporkan melibatkan Variant of Concern (VOC) terdiri daripada lima kes varian Beta (B.1.351) (Afrika Selatan) dan satu kes varian Delta (B.1.617.2) (India) dikesan antara 20 hingga 22 Jun lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, lima kes varian Beta (B.1.351) dikesan di Pulau Pinang iaitu sebanyak dua kes manakala, masing-masing satu kes di Sabah, Kedah dan Perlis serta satu lagi varian Delta (B.1.617.2) pula direkodkan di Negeri Sembilan.

“Jumlah tersebut menjadikan kumulatif kes dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 189 kes.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 173 kes adalah VOC manakala, sebanyak 16 kes pula adalah VOI,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Mengikut jadual yang dilampirkan sehingga 22 Jun, Selangor mencatatkan bilangan kes positif Covid-19 dengan VOC dan VOI tertinggi berbanding negeri lain iaitu sebanyak 53 kes melibatkan 48 kes tempatan dan lima kes import manakala, hanya negeri Pahang tiada kes VOC dan VOI. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI