fbpx

Cipta sneakers guna BTS Meal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan sneakers menggunakan bungkusan BTS Meal yang dihasilkan Josiah. – Facebook Josiah Chua

SINGAPURA – Seorang penata gaya fesyen di Singapura menghasilkan sepasang kasut sneakers diperbuat daripada bungkusan hidangan BTS Meal iaitu menu hasil kolaborasi antara McDonald’s dengan kumpulan pop popular Korea Selatan, BTS.

Menerusi portal Coconut.co semalam, Josiah Chua memuat naik video cara-cara dia membuat sneakers tersebut di TikTok manakala gambar hasil rekaannya di laman Instagram menerima lebih 12,500 tanda like.

Dalam video tersebut, dia memotong bungkusan BTS Meal kepada beberapa bahagian dan melekatkannya secara teliti dan kemas pada sepasang kasut.

Dia kemudian turut melekatkan sekotak nuget ayam pada sisi kasut serta satu peket sos cili dan cajun pada bahagian tali kasut.

“Sneakers buatan sendiri yang mempunyai poket berisi nuget untuk dibawa ke mana-mana!” tulis Josiah pada hantarannya di Instagram.

Terdahulu, hidangan edisi terhad BTS Meal yang mula dilancarkan di Singapura pada Isnin lepas menerima sambutan luar biasa sehingga habis terjual hanya dalam tempoh beberapa minit. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI