fbpx

2 lagu baharu BTS diharamkan untuk siaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ini bukan kali pertama lagu BTS diharamkan untuk disiarkan kerana tidak memenuhi standard penapisan yang ditetapkan. - Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic

SEOUL – Stesen penyiaran Korea Selatan, KBS mengharamkan dua lagu nyanyian kumpulan K-pop popular, BTS, daripada disiarkan atau dipersembahkan dalam program muzik terbitan stesen tersebut, lapor saluran televisyen Times Now.

Lirik lagu-lagu tersebut, Run BTS dan Born Singer daripada album baharunya, Proof dikatakan mengandungi  bahasa kesat, slanga, dan kutukan.

Ia dilaporkan tidak mendapat kelulusan lembaga penapisan KBS.

Sebuah lagi lagu berjudul For Youth yang masih dalam proses penghasilan juga dikatakan berkemungkinan menerima nasib sama.

Bagaimanapun, lagu utama album tersebut, Yet to Come disahkan memenuhi piawaian yang ditetapkan lembaga penapisan serta dibenarkan untuk disiarkan kepada orang awam.

Ini bukan kali pertama lagu BTS diharamkan untuk disiarkan kerana tidak memenuhi standard penapisan yang ditetapkan.

Beberapa lagu sebelum ini termasuk Pied Piper, Go-Go, Ma City, Cipher Pt.3 dan Converse High telah diharamkan oleh beberapa stesen penyiaran Korea Selatan atas alasan serupa. – Agens

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI