fbpx

20 cawangan McDonald’s Indonesia ditutup gara-gara BTS Meal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menu BTS Meal itu adalah edisi terhad kerjasama kumpulan Kpop terkenal Korea Selatan dengan McDonald's. - Google

JAKARTA – Sebanyak 20 cawangan McDonald’s di sekitar Jakarta ditutup sementara susulan insiden orang ramai menyerbu restoran makanan segera itu bagi mendapatkan menu promosi BTS Meal.

Menu BTS Meal itu adalah kerjasama kumpulan Kpop terkenal Korea Selatan, BTS, lapor laman berita Suara.com semalam.

Wakil Gabenor Daerah Khas Ibu Negeri (DKI) Jakarta, Ahmad Riza Patria berkata, tindakan tersebut terpaksa diambil memandangkan aktiviti berkumpul beramai-ramai adalah melanggar peraturan kesihatan pencegahan penularan wabak Covid-19.

“Disebabkan berlakunya aktiviti yang melibatkan orang ramai berkumpul, anggota keselamatan terpaksa mengambil tindakan menutup cawangan-cawangan McDonald’s tersebut.

“Ini kerana jika dibiarkan, ia dikhuatiri menyebabkan berlakunya penularan wabak Covid-19 atau munculnya kluster baharu,” ujarnya. 

Penghantar pesanan makanan online yang ingin mengambil pesanan makanan BTS Meal mengerumuni sebuah cawangan McDonald’s di Jakarta. – Suara/Hiromi

Selain 20 cawangan yang ditutup, 34 cawangan lain dipantau oleh anggota keselamatan serta 12 lagi diberikan amaran bertulis.

Cawangan yang diberikan amaran masih boleh beroperasi dengan syarat tidak melanggar peraturan kesihatan selain diminta menutup fungsi pesanan pada aplikasi pesanan makanan online dan menghentikan sementara penjualan menu promosi BTS Meal.

Terdahulu, anggota keselamatan di Jakarta dikerahkan untuk meleraikan perhimpunan orang ramai termasuk pelanggan yang menyerbu untuk mendapatkan menu promosi BTS Meal.

Sementara itu, pihak berkuasa Indonesia akan memanggil wakil syarikat pengendali McDonald’s Indonesia bagi memberi penjelasan berhubung insiden itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI