fbpx

Harga bungkusan terpakai BTS Meal cecah RM462

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penjual bungkusan terpakai BTS Meal menjamin kebersihan set berkenaan dengan membasuh dan mengeringkannya terlebih dahulu. - Mothership

SINGAPURA – Hidangan hasil kolaborasi kumpulan muzik popular Korea Selatan, BTS dengan restoran makanan segera Mc Donald’s (McD) yang mula dijual di Singapura kelmarin dan mencetuskan fenomena tersendiri.

Menerusi laporan portal Mothership, selain diserbu peminat di semua cawangan McD Singapura, terdapat juga individu yang mengambil kesempatan menjual semula bungkusan hidangan edisi terhad itu.

Jika harga asal hidangan yang dijual di McD berharga S$8.90 (RM27.44) bagi satu set, bungkusan terpakai tanpa makanan dijual sehingga mencecah S$150 (RM462).

Penjual bungkusan terpakai itu menjual bekas kertas yang diguna untuk mengisi nuget dan cawan minuman.

“Miliki bungkusan edisi terhad BTS McD dengan harga RM462. Lengkap dengan sos istimewa Cajun dan Cili Manis.

“Kesemua bungkusan sudah dibasuh, dikeringkan dan dijamin kebersihannya,” demikian antara iklan yang ditulis di platform jual beli Carousell. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI