fbpx

UMNO setuju tolak usul undi tidak percaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ahli-ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional(BN) hari ini menyatakan persetujuan untuk tidak menyokong sebarang usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan oleh mana-mana pihak.

Menurut kenyataan bersama yang diedarkan hari ini, semua Ahli Parlimen UMNO dan BN menjunjung kasih di atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun lalu berhubung keperluan mengadakan persidangan Parlimen secepat mungkin.

“Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN bersetuju agar Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan dan berharap sidang Parlimen ini akan dapat memberi tumpuan kepada isu-isu yang dihadapi rakyat dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Oleh yang demikian dan bagi menjunjung titah Tuanku supaya suhu politik dapat diredakan, maka kami setuju untuk tidak menyokong usul undi tidak percaya sekiranya dikemukakan,” kata kenyataan berkenaan.

Menurut kenyataan bersama itu lagi, Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak Covid-19 dalam negara.

“Menteri serta Timbalan Menteri daripada parti UMNO dan BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait langsung dalam mengekang penularan Covid-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara.

“Apa yang pasti keutamaan Ahli-ahli Parlimen daripada parti UMNO dan BN adalah demi kelangsungan hidup rakyat dengan fokus kepada keselamatan dan kesejahteraan di samping masa hadapan negara,” kata kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI