fbpx
SHAQIRI (kanan) menjaringkan gol ketiga buat Switzerland ketika menewaskan Turki 3-1 pada saingan Kumpulan A, Euro 2020 di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan awal pagi semalam. – AFP

Shaqiri hidupkan peluang Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKU – Pemain sensasi Switzerland, Xherdan Shaqiri mengakui sangat puas apabila berjaya menjadi wira untuk membantu pasukan melakar kemenangan pertama saingan Euro 2020 dengan menewaskan Turki 3-1 di Stadium Olimpik Baku, Azerbaijan awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Shaqiri yang juga pemain bintang kelab Liverpool telah meledak dua gol cantik selain satu lagi jaringan dilakukan oleh penyerang utama, Haris Seferovic sekali gus mencerahkan peluang pasukan melayakkan diri ke pentas kalah mati.

Kata Shaqiri, semua pemain telah memberikan kerjasama dengan berjuang sepenuh tenaga kerana menyedari hanya kemenangan yang boleh membuka kembali peluang pasukan untuk ke pusingan seterusnya.

“Saya sangat gembira dengan prestasi rakan-rakan sepasukan yang mempamerkan kelas tersendiri pada aksi kali ini tidak kira ketika menyerang mahupun bertahan. Kami juga berjaya mencipta gerakan memukau dan saya turut teruja apabila berjaya meledak dua gol.

“Secara jujur, gol pertama le­bih istimewa buat saya kerana berjaya menjaringkan gol lencong dari luar kotak penalti yang sudah lama saya tidak dapat lakukan. Namun, saya tidak mahu mendabik dada kerana apa yang penting pasukan melakar kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pengendali Switzerland, Vladimir Petkovic percaya empat mata yang dikutip dalam tiga perlawanan peringkat Kumpulan A sepatutnya sudah mencukupi untuk layak ke pusingan seterusnya memandangkan empat pasukan ketiga terbaik turut meraih slot automatik.

“Saya rasa empat mata yang kami raih sudah mencukupi tetapi ia masih belum menjamin apa-apa kerana kami tetap perlu menunggu semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir sebelum dapat mengesahkan kemaraan,” katanya. – AGENSI

POPULAR