fbpx

11 saksi dipanggil kes WhatsApp tular Khairuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

PETALING JAYA – Polis setakat ini telah memanggil 11 saksi berhubung mesej tular Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini ditahan di Perasing, Terengganu bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, saksi-saksi tersebut telah dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Tatacara Jenayah.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab memuat naik hantaran tersebut dan merakam percakapan individu lain yang mempunyai kaitan dengan kes itu sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan khabar angin yang tidak berasas tanpa mendapatkan maklumat sahih daripada sumber rasmi berhubung siasatan ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung hantaran bertajuk Tular WhatsApp Khairuddin ditahan di Perasing, Terengganu yang dimuat naik di laman web Info Negara Kini pada 28 Mei lalu.

Hantaran yang mendapat lebih 9,300 perkongsian itu memaparkan gambar Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus dan seorang selebriti wanita. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI