fbpx

Polis akan panggil Fahmi Reza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Reza - Gambar fail

KUALA KANGSAR – Polis akan mengambil keterangan aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza dalam masa terdekat bagi membantu siasatan berhubung poster kontroversi dengan imej mengabikan Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, Fahmi dipanggil selepas pihaknya mendapat perintah untuk menyiasat (OTI) daripada pendakwa raya.

“Kertas siasatan awal telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk mendapatkan OTI bagi meneruskan siasatan.

“Kita akan memanggil Fahmi untuk diambil keterangan sebaik menerima perintah berkenaan. Mungkin dalam minggu ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas menyertai Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Pemantauan Covid-19 di kilang-kilang sekitar Kuala Kangsar di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Fahmi Reza akan disiasat oleh pihak polis susulan penyiaran satu poster ubah suai yang memaparkan Saarani.

Siasatan itu berikutan laporan polis oleh Pemuda UMNO Perak kerana didakwa mempunyai unsur fitnah, sengaja menimbul kebencian dan pada masa sama sengaja mengabikan imej Menteri Besar Perak.

Poster ubah suai itu merujuk kepada kenyataan Saarani sebelum ini berkaitan isu pemberian telefon pintar berkualiti rendah kepada pelajar kurang berkemampuan di negeri ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI