fbpx

Orang busuk hati, Lan Solo kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar (kiri) memaparkan Lan disaman penguasa MBSJ apabila ada pihak yang membuat aduan kontena yang menghantar stok ke kedainya didakwa mengganggu lalu lintas.

PETALING JAYA – Penyanyi Lan Solo kecewa apabila masih ada individu tidak berpuas hati dengan perniagaannya sehingga terpaksa berdepan saman sekali lagi.

Kejadian tersebut berlaku pagi tadi ketika Lan melakukan kerja-kerja memunggah stok yang baru tiba di kedainya di Puchong Prima, Selangor sebelum didatangi dua orang penguasa Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Dakwa MPSJ, Lan disaman atas alasan lori kontena yang menghantar stok menghalang lalu lintas.

“MBSJ datang lagi. Puas hati kau wahai pengadu? Waktu aku angkut barang dari kontena, masa itulah ada orang buat aduan dan MBSJ terus datang buat kerja. Allahuakbar.

“Katanya aduan mengganggu lalu lintas! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana? Keadaan kedai agak sibuk tu aku faham lah. Yang kau mengadu tak habis-habis tu dah kenapa! Jadi disebabkan ada aduan, mereka tetap kena keluarkan saman. Terima kasih @sjcitycouncil,” tulisnya pada ruangan kapsyen video yang dimuatnaiknya sebentar tadi.

Dalam rakaman video berkenaan, Lan jelas kelihatan kecewa kerana tidak semena-mena disaman dan dituduh mengganggu lalu lintas sedangkan keadaan jalan di hadapan kedainya pada waktu itu agak lengang.

Dedah bekas vokalis kumpulan Kristal itu lagi, ini bukan kali pertama dia dikenakan saman oleh MBSJ dan pengadu yang membuat aduan tersebut merupakan orang di sekelilingnya.

“Tak tahu nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya. Aku cari makan je kot. Dahlah musim PKP macam ni, jualan pun tak menentu.

“Sekarang cerita dia, kalau kau rasa tak puas hati dengan aku, dengan kedai aku, beritahu je. Kau tak payah nak buat aduan kepada MBSJ sampai susahkan mereka kena datang tengok dan keluarkan saman.

“Aku tak kisah sebab mereka buat kerja. Tapi masalahnya kau tu dah kenapa tak habis-habis. Orang Melayu kot nak meniaga. Tolonglah. MBSJ dah ambil tindakan, kau puas hati kan? Terima kasih banyak-banyak, semoga urusan kau dipermudahkan dunia akhirat,” luahnya.

Lan atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 36, membuka kedai Solo Borneo Mart yang menjual produk makanan kering dari Sabah dan Sarawak sejak tahun lalu.

Bagaimanapun pada November tahun lalu, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim mendedahkan kedai mereka sudah berkali-kali diserbu penguatkuasa kerana menerima aduan tanpa mengetahui motif sebenar pengadu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI