fbpx

Lelaki juga boleh menangis – Aaron Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

PETALING JAYA – Siapa kata lelaki tidak dibenarkan menangis sekiranya sedang berduka?

Mentaliti tersebut yang ingin diubah pelakon yang terkenal dengan watak Malik KL Gangster, Datuk Aaron Aziz kerana merasakan kaum lelaki juga ‘dibenarkan’ menangis untuk meluahkan emosi yang yang terpendam dalam jiwa.

Perkara tersebut diluahkan Aaron ketika mengimbau memori zaman kanak-kanaknya yang membesar dengan mentaliti bahawa lelaki tidak menangis.

“Saya kehilangan seorang ayah ketika masih muda dan membesar dengan mentaliti bahawa lelaki tidak boleh menangis, kuat dan jangan tunjukkan emosi kecewa.

“Disebabkan itu, saya sering menyimpah perasaan marah dalam diri. Mengapa? Kerana lelaki tidak boleh menangis,” katanya dalam sebuah entri Instagram.

Bagaimanapun, pemilik nama lengkap Aaron Mustapha Aziz itu, skeptikal tersebut berubah selepas dia memiliki anak.

“Saya mahu anak-anak menangis depan saya apabila mereka mempunyai masalah atau mengalami situasi yang sukar. Anak lelaki saya pula perlu tahu cara meluahkan rasa kecewa dan marah mereka,” katanya lagi

Tambah anak kelahiran Singapura itu, sekiranya boleh mengundur semula masa, dia mahu memberi nasihat kepada dirinya ketika berusia 10 tahun bahawa tidak mengapa sekiranya kanak-kanak lelaki hendak menangis.

“Kepada Aaron yang berusia 10 tahun, tidak mengapa jika lelaki hendak menangis dan rasa mengalah dalam hidup.

“Ini juga nasihat kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak lelaki juga,” ujarnya. 

Untuk rekod, hasil perkahwinan bersama Datin Diyana Halik, Aaron dikurniakan tiga orang cahaya mata, Danish Anaqi, 17, Dwi Ariana, 15, dan Dahlia Arissa pula berusia 10 tahun.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI