fbpx

Gilmour terlepas aksi terakhir akibat dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GILMOUR terlepas aksi Scotland menentang Croatia selepas pemain tengah itu disahkan positif Covid-19. – AFP

GLASGOW – Bintang tengah, Billy Gilmour meresahkan kem Scotland menjelang aksi terakhir Kumpulan D awal pagi esok apabila tidak dapat diturunkan beraksi selepas disahkan positif Covid-19 semalam.

Pemain tengah Chelsea itu merupakan tonggak utama skuad bimbingan Steve Clarke ketika mengikat England 0-0 pada aksi kedua Kumpula D, Jumaat minggu lepas.

Persatuan Bola Sepak (FA) Scotland menyatakan kes Gilomour itu dikenal pasti tiada mempunyai kontak rapat dalam kem Scotland dengan 25 pemain cergas sepenuhnya untuk berdepan Croatia.

Pasukan Scotland harus memenangi perlawanan di Hampden Park untuk menghidupkan harapan melangkah ke peringkat seterusnya dari Kumpulan D.

Terdahulu, Scotland dan Croatia hanya mengutip satu mata selepas dua perlawanan, manakala England dan Republik Czech yang akan bertembung di Stadium Wembley pula masing-masing mengumpul empat mata.

“FA Scotland mengesahkan salah seorang pemain kebangsaan Scotland pada Euro 2020, Billy Gilmour telah diuji positif ­Covid-19.

“FA Scotland juga akan berhubung rapat dengan pihak Kesihatan Awam England dan sejak dikesan positif, Gilmour kini menjalani kuarantin sendiri selama 10 hari dan akan terlepas aksi menentang Croatia esok,” kata kenya­taan FA Scotland. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI