fbpx

Remaja maut, kereta terlipat elak lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Iswara Aeroback dipandu Muhammad Airulhakimi selepas terbabas di Lebuh AMJ, Melaka, hari ini.

JASIN – Seorang pekerja pasar maut selepas kereta yang dipandu terbabas dipercayai mengelak lembu melintas di Kilometer 17, Jalan Merlimau-Serkam awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Airulhakimi Shuib, 17, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan.

Menurut saksi, Mohd. Zharif Mazlan, 37, sebelum kejadian, dia memandu di belakang kereta mangsa jenis Proton Iswara Aeroback.

Setibanya di lokasi kejadian, dia ternampak seekor lembu melintas dan mangsa cuba mengelak, namun terbabas sebelum merempuh sebatang pokok.

“Keadaan di lokasi memang gelap. Saya ternampak mangsa cuba elak lembu melintas di lorong paling kanan.

“Si mati cuba mengelak tetapi terbabas dan melanggar pokok,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI