fbpx

Itali akhiri peringkat kumpulan sebagai juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan kejayaan Itali melangkah ke peringakt kalah mati dengan bergaya selepas menewaskan Wales 1-0 pada saingan Kumpulan A, Euro 2020 di Stadium Olimpico, Rom sebentar tadi. - AFP

ROME – Pasukan Itali gah meneruskan rekod kemenangan bersih dalam kempen Euro 2020 selepas skuad The Azzurri berjaya membenam Wales 1-0 pada saingan Kumpulan A di Stadium Olimpico sebentar tadi.

Skuad bimbingan Roberto Mancini itu menutup aksi perlawanan peringkat kumpulan dengan kemenangan tanpa bolos sekali gus melangkah ke pusingan kalah mati dengan momentum cemerlang selaku juara Kumpulan A.

Pada saingan tersebut, Itali dilihat menguasai separuh masa pertama dengan menguasai 60 peratus penguasan di atas padang sebelum Matteo Pessina meledak gol pembukaan buat Itali pada minit ke-39 selepas bijak menyudahkan sepakan percuma Marco Verratti.

Pada separuh masa kedua, Itali terus menguasai saingan dan Federico Bernardeschi berpeluang menjaringkan gol kedua Itali, namun rembatan kencangannya sekadar ke tiang gol.

Wales terus berdepan masalah apabila terpaksa bermain dengan 10 orang pemain apabila Ethan Ampadu dilayang kad merah selepas dikesan melakukan terjahan keras ke kaki Bernardeschi pada minit ke-59.

Beraksi dengan kelebihan seorang pemain dimanfaatkan sepenuhnya Itali dengan melakukan serangan bertali arus untuk mencari gol kemenangan sepanjang baki perlawanan tersebut.

Bagaimanapun, Wales bijak mengawal perlawanan dan terpaksa bertahan daripada mengelak Itali daripada terus melakukan percubaan berbahaya, namun kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel tamat perlawanan dibunyikan.

Sebagai rekod, Itali tidak pernah tewas sejak September 2018, dan kemenangan ke atas Wales membolehkan Mancini menyamai rekod 30 perlawanan tanpa kalah yang dipegang jurulatih, Vittorio Pozzo (antara 1935 hingga 1939). Kali terakhir Itali kalah iaitu tumbang 0-1 kepada Portugal pada September 2018. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI