fbpx

Bekas menteri ditahan atas dakwaan rogol aktres kelahiran Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manikandan dan Shantini Theva. - Google

NEW DELHI – Seorang bekas menteri negeri Tamil Nadu, M. Manikandan ditahan atas satu tuduhan merogol seorang pelakon wanita India yang berasal dari Malaysia, lapor laman berita Scroll In, semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Shantini Theva telah membuat laporan polis terhadap Manikandan pada 28 Mei lalu.

Mantan menteri itu didakwa di bawah pelbagai bahagian Kanun Keseksaan India termasuk 376 (rogol), 313 (menyebabkan keguguran tanpa persetujuan wanita), 323 (hukuman kerana menyebabkan kecederaan secara sukarela), 417 (hukuman kerana menipu), 506 (i) (ugutan jenayah) dan Akta Teknologi Maklumat.

Polis telah menubuhkan dua pasukan khas untuk menangkap Manikandan yang melarikan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Awal bulan ini, beliau telah memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Madras untuk rayuan ikat jamin.

Namun, minggu lalu, Mahkamah Tinggi menolak untuk memanjangkan perlindungan dan jaminan yang diberikan kepadanya, lapor The News Minute. 

Polis Tamil Nadu mengatakan bahawa bekas menteri itu mengelak dari ditangkap selepas keputusan mahkamah dikeluarkan, lapor ANI.

Theva yang merupakan seorang pelakon memberitahu polis bahawa Manikandan mula memperdayakannya ketika mereka menjalinkan hubungan sulit sejak bertahun-tahun lalu.

Mangsa juga mendakwa Manikandan juga sering berjanji untuk berkahwin dengannya malah menyuruh Theva menggugurkan kandungan sebanyak tiga kali.

Lelaki itu juga mengugut ahli keluarga Theva di Malaysia ketika wanita itu berkeras untuk berkahwin.

Pasangan itu dilaporkan bertemu pertama kali pada tahun 2017 melalui kenalan rapat ketika Theva mempromosikan industri pelancongan di Malaysia dan Manikandan memegang jawatan Menteri Teknologi Maklumat Tamil Nadu pada ketika itu.

Bagaimanapun, Manikandan sebelum ini menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan Theva dan menuduh wanita itu hanyakan mahukan wang serta ingin merosakkan imej dirinya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI