fbpx

Lama tak tengok Abby Abadi cantik-cantik begini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABBY ABADI

PELAKON dan penyanyi Abby Abadi sebelum ini pernah beberapa tahun hilang dari radar dunia hiburan.

Banyak yang dilalui, sehinggalah Abby kembali membuat kemunculan semula dengan membintangi drama bersiri Gerak Khas sekitar tahun lalu. Tapi waktu kemunculan awal Abby, ramai juga yang ‘terkesan’ dengan bentuk badannya ketika itu.

Diva bukanlah nak bersifat ‘body shaming’, tapi memang betul hakikatnya Abby agak berisi ketika itu. Tapi kini, ramai yang memuji apabila Abby kelihatan semakin jelita dan langsing.

Dalam sebuah video tutorial tudung yang dimuat naik bekas anggota kumpulan Elite itu baru-baru ini, Diva sendiri pun terpegun dek kejelitaan Abby. Persis seperti wanita Korea.

Ramai juga pengikutnya dalam Instagram memuji kejelitaan yang dimiliki Abby.

Mungkin akan ada suara-suara sumbang berkata cantik sebab pakai solekan.

Tapi Diva perhatikan, solekan yang dikenakan Abby tidaklah keterlaluan. Netizen pun janganlah busuk hati sangat ya.

DIVA: Ramai terkejut apabila Nourul Wahab Depp buka cerita nak mulakan kehidupan bersama keluarga di Bali, Indonesia. Ramai yang kata, Bali saja?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI