fbpx

Gagal seludup 12 bonsai Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa Maqis Johor melakukan pemeriksaan dua kontena mengandungi 12 bonsai dari Jepun selepas menerima serahan daripada JKDM dari Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, Johor, Khamis lalu. - Foto IHSAN MAQIS

JOHOR BAHRU – Cubaan sebuah syarikat pengimport membawa masuk 12 pokok bonsai dari Jepun bernilai RM700,000 gagal apabila ditahan dalam pemeriksaan di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang di sini, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor, Hizzuan Hasim berkata, pihaknya menerima serahan dua kontena berisi 12 pokok bonsai jenis podacarpus macrophyllus pada pukul 9 malam.

Menurutnya, serahan itu diterima daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas kontena terbabit tidak memiliki permit import yang sah.

“Pada 17 Jun lalu, Maqis Johor menerima dua buah kontena daripada JKDM yang berisi 12 pokok bonsai yang disyaki cuba diseludup masuk dari Jepun.

“Hasil semakan mendapati kesemua bonsai spesis podacarpus macrophyllus dianggarkan bernilai RM700,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hizzuan berkata, barangan dagangan berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI