fbpx

27 individu terkedu dikompaun RM155,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KULAI – Seramai 27 individu yang kemaruk berhibur di pusat hiburan dikenakan kompaun keseluruhan berjumlah RM155,000 hasil serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Kenanga 29/9, Bandar Indahpura, di sini, tengah malam tadi.

Dalam operasi yang dibuat pukul 12.15 tengah malam itu, seramai 26 individu ditahan berusia lingkungan 16 hingga 53 tahun ditahan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Tok Beng Yeow berkata, turut ditahan dalam operasi sama ialah seorang lelaki yang mengaku sebagai pemilik premis.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dari Balai Polis Kulai dan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) telah membuat serbuan dan pemeriksaan di sebuah premis pusat hiburan terbabit.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan mendapati terdapat sekumpulan 22 lelaki dan empat wanita tempatan sedang berkumpul dalam premis tersebut. Premis itu tiada lesen perniagaan yang sah untuk beroperasi.

“Pihak polis mengeluarkan kompaun RM25,000 terhadap pemilik premis manakala RM5,000 ke atas setiap pengunjung kerana melanggar Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkumpul tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI