fbpx

Kerja pembinaan DASH dihenti serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara mangsa yang cedera dalam kejadian itu

PETALING JAYA – Projek Lintasan Damansara-Shah Alam Sdn. Bhd. (Prolintas) mengarahkan pemberhentian serta-merta bagi kerja pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berhampiran Kota Damansara.

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, ia susulan berlaku insiden perancah besi atau ‘scaffolding’ jatuh di dalam kawasan tapak pembinaan lebuh raya itu pada lewat petang tadi.

“Pihak pemaju dan kontraktor utama terlibat akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berwajib dalam melakukan siasatan.

“Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari semasa ke semasa,” katanya di sini tadi.

Prolintas selaku pemaju bagi projek pembinaan lebuh raya itu pada masa sama memaklumkan insiden itu tidak membabitkan pengguna lebuh raya atau orang awam kerana ianya berlaku di dalam kawasan pembinaan yang bertutup.

“Dalam kejadian tersebut, dua pekerja warga Bangladesh cedera dan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

“Pasukan Emergency Response Team (ERT) DASH telah berada di tapak kejadian untuk mengawal trafik dan mengalihkan perancah besi yang terlibat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI