fbpx

SMA Maahad Al-Mizan terbaik STAM Perak, keempat kebangsaaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Calon STAM SMA Maahad Al-Mizan yang mendapat keputusan cemerlang.

KUALA KANGSAR – Kejayaan dan kecemerlangan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maahad Al-Mizan dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2020 adalah hasil dan usaha pengorbanan pelajar serta guru-guru.

Pengetuanya, Abd. Malek Awang berkata, sokongan ibu bapa pelajar juga turut menyumbang kepada kejayaan tersebut apabila SMA Maahad Al-Mizan menjadi sekolah terbaik di Perak dan ke empat di Malaysia bagi keputusan cemerlang STAM 2020.

Menurut Abd. Malek, usaha dan inisiatif guru sekolahnya itu mengadakan kelas tambahan setiap hujung minggu seawal pukul 5 pagi membuahkan hasil apabila enam pelajarnya memperoleh keputusan Mumtaz, 14 Jayyid Jiddan dan tiga Jiddan.

“Inilah pengorbanan guru dan pelajar STAM yang mengadakan kelas bermula pukul 5 pagi dan berhenti sebentar untuk solat Subuh sebelum sambung belajar semula.

“Pelajar turut melaksanakan solat sunat Duha setiap pagi sebelum rehat serta berpuasa setiap Isnin dan khamis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Keputusan STAM yang diumumkan semalam merupakan yang terbaik pernah dicatatkan SMA Maahad Al-Mizan apabila mencatat 100 peratus lulus dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.94. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI