fbpx

Penunggang motosikal maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditunggangnya melanggar sebuah lori

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Raya Besraya menghala ke Sungai Besi di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika sebuah lori treler tanpa muatan sedang dalam perjalanan menghala ke Sungai Besi dari arah pusat bandar.

“Ketika melalui lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan mendakwa telah terlihat sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang berada di lorong paling kiri telah mengubah haluan secara tiba-tiba ke kanan sehingga berlakunya perlanggaran.

“Perlanggaran berlaku di lorong kedua serta terdapat kesan perlanggaran di bahagian hadapan sisi kiri lori tersebut dan susulan perlanggaran itu, mangsa, Tai Yoke Sem telah terjatuh ke atas jalan raya,”katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zukkefly, mangsa yang berusia 50 tahun dan menetap di Seri Kembangan itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

“Pemandu lori tersebut yang berusia 47 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI